Kelebihan Solat Tarawih dan Cara Melakukannya dengan Khusyuk

Kelebihan Solat Tarawih

1. Menghapuskan Dosa

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

2. Pahala Seperti Qiamulail

Melakukan solat tarawih seolah-olah kita menghidupkan malam dengan qiamulail.

3. Mendapat Syafaat di Hari Kiamat

Orang yang sentiasa menjaga solat tarawih akan diberi syafaat oleh Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Cara Melakukan Solat Tarawih dengan Khusyuk

  • Ambil wuduk dengan sempurna
  • Niatkan solat dengan ikhlas kerana Allah SWT
  • Bacaan surah dengan perlahan dan tertib
  • Fokus kepada makna bacaan dalam solat
  • Jangan tergesa-gesa dalam pergerakan solat

Penutup

Solat tarawih adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan meraih ganjaran yang besar. Marilah kita mengambil peluang di bulan Ramadan ini untuk melaksanakan solat tarawih dengan penuh keimanan dan pengharapan

Scroll to Top