Program Korban Masjid Al Wakil 1446H / 2025M

“Korban Tanda Taat, Sumbangan Tanda Peduli”

Masjid Al Wakil Lubok China akan menganjurkan Program Ibadah Korban sempena Aidiladha 1446H dengan perancangan rapi serta penglibatan aktif ahli kariah dan sukarelawan. Program ini bertujuan memperkukuh ukhuwah serta menyantuni golongan memerlukan.

Maklumat Umum Program

  • Tarikh:
    • Sabtu, 7 Jun 2025 (Hari Raya Pertama)
    • Ahad, 8 Jun 2025 (Hari Raya Kedua)
  • Jumlah Lembu: 13 ekor
    • 6 ekor disembelih di Masjid Al Wakil (Hari Raya Pertama)
    • 7 ekor disembelih di farm Telok Mas
  • Harga Seekor Lembu: RM5,950
    • Harga lembu: RM5,200
    • Kos pengurusan: RM750 (termasuk t-shirt peserta, logistik & makanan)
    • Jumlah t-shirt akan ditentukan oleh Pengerusi Program bersama Bendahari.
  • Pembekal: Solok Air Paabas
  • Deposit Awal: RM10,000 telah dibayar untuk tempahan awal

Pembahagian Daging & Tulang

  • Daging akan ditimbang dan dibahagikan kepada 3 bahagian utama:
    1. Untuk fakir miskin – 27 orang fakir miskin berdaftar
    2. Untuk peserta korban
    3. Untuk hadiah – kepada jiran tetangga dan masyarakat
  • Tulang tidak diwajibkan dibahagi tiga, namun akan diberikan kepada AJK.
    Sekiranya peserta ingin tulang dari lembu bahagiannya, permintaan itu akan diutamakan.

Struktur Jawatankuasa Pelaksana

  1. Pengerusi
  2. Timbalan Pengerusi
  3. Penyelaras
  4. Setiausaha
  5. Bendahari
  6. AJK Penyembelih
  7. AJK Makanan & Minuman
  8. AJK Kebersihan
  9. AJK Kupon & Tugas Khas
  10. AJK Tempat
  11. AJK Timbangan
  12. AJK Peralatan
  13. AJK Pembungkusan
  14. AJK Agihan
  15. AJK Dokumentasi

Kumpulan Melapah & Ketua Lembu

Setiap lembu diketuai oleh seorang yang bertanggungjawab urus peserta, pantau sembelihan & pastikan agihan adil.

IKLAN
Berminat memiliki tanah pertanian di Lubok China, Rembau? Klik di sini untuk maklumat lanjut!
  • Lembu 1: En. Zahari
  • Lembu 2: Imam Dain
  • Lembu 3: Cikgu Wan
  • Lembu 4: Haji Zakaria
  • Lembu 5: En. Shah
  • Lembu 6: Prof. Saharudin
  • Lembu 7: Idris
  • Lembu 8: En. Nasrol
  • Lembu 9-10: Geng Wira Mas
  • Lembu 11: En. Nasrol
  • Lembu 12: Kak Faridah
  • Lembu 13: [Akan ditentukan]

Peserta korban diminta membawa pisau yang sesuai untuk proses melapah.


Tentatif Program

  • 10:00 pagi – Sembelihan lembu di masjid
  • 11:00 pagi – Potongan kasar daging
  • 11:30 pagi – Melapah & pembungkusan
  • 2:00 – 5:00 petang – Agihan daging
  • 5:00 petang – Kerja-kerja pembersihan

Pesanan Pengerusi: Semua AJK WAJIB bantu dalam pembersihan.


Pesanan Pegawai Syara’

“Ibadah korban ini biarlah tepat, memenuhi syarat, dan dilakukan dengan penuh keikhlasan.”


Kepada Ketua Korban:
“Pastikan peserta bagi lembu masing-masing dikenalpasti dan daging diagih dengan adil serta teratur. Jangan ambil mudah amanah ini.” (Ketua bagi setiap lembu korban perlu dapatkan number WhatsApp setiap peserta)


Makluman kepada Wakil Taman

Diminta semua wakil taman untuk menyerahkan bilangan penduduk Islam di taman masing-masing kepada pihak masjid secepat mungkin, bagi tujuan penyelarasan agihan daging korban.

Sharing is caring :
Scroll to Top