Raya Sekampung Lubok China 2025 – Jemputan Rasmi untuk Semua Penduduk

Sempena bulan Syawal yang penuh keberkatan, kami dengan rasa syukur dan gembira ingin menjemput seluruh penduduk Lubok China dan kawasan sekitar untuk hadir memeriahkan sambutan Program Raya Sekampung Lubok China 2025.

Jamuan Raya Lubok China

Acara ini bukan sekadar sambutan Hari Raya biasa, tetapi merupakan satu usaha menyatukan komuniti dalam suasana penuh kasih sayang dan ukhuwah.


Maklumat Program:

Tarikh: Sabtu, 26 April 2025
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dataran JPKK Lubok China (Sebelah Balairaya)

Turut Dihadiri:
Yang Berhormat (YB) yang akan bersama-sama memeriahkan majlis, memberi ucapan dan menyantuni penduduk setempat.


Anjuran Bersama:

  • JPKK Lubok China
  • Masjid Al Wakil Lubok China
  • Surau Pengkalan Pauh
  • Surau Telok Berembang
  • Surau Wira Mas
  • PBS Lubok China
  • KRT Lubok China & KRT Wira Mas
  • Persatuan Nelayan Telok Berembang
  • KOSPEN Lubok China
  • Tanah Wakaf Lubok China

Apa Menarik di Raya Sekampung?

  • Jamuan Raya – Makanan tradisi kampung yang menyelerakan
  • Ucapan dan Perasmian oleh YB
  • Persembahan budaya & hiburan Islamik
  • Ramah mesra bersama jiran dan komuniti
  • Aktiviti kanak-kanak & warga emas

Mari Bantu AJK Makanan – Sumbangan Anda Diperlukan

Untuk memastikan jamuan raya mencukupi dan majlis berjalan lancar, kami mempelawa penduduk yang ingin menyumbang kewangan untuk membantu Biro Makanan.

  • Wang tunai untuk pembelian bahan mentah
  • Tenaga membantu di dapur / urusan penyediaan makanan

Hubungi Biro Makanan:
Hj. Ramli – 012-329 0156
En. Zahari – 018-984 9516


Simpan Tarikh & Hadir Bersama!

+ Tambah ke Google Calendar

Scroll to Top