Tanah Perkuburan Baharu Untuk Masjid Al Wakil – Jom Rebut Peluang Wakaf !

Pihak pengurusan Masjid Al Wakil sedang berusaha untuk membeli sebidang tanah bernilai lebih RM410,000 daripada Sime Darby pada harga istimewa iaitu hanya RM5.09/kaki persegi.

Tanah ini akan dijadikan sebagai tanah perkuburan baharu bagi kegunaan komuniti setempat — satu usaha jangka panjang yang amat besar manfaatnya untuk umat Islam di kawasan ini.

Keterangan Tanah:

  • Lot: 1505
  • Keluasan: 1.85 ekar
  • Pemilik semasa: Sime Darby

Jumlah keseluruhan lot di tanah ini adalah 4,000 lot. Setiap satu lot hanya berharga RM100 sahaja. Sumbangan anda bukan sekadar membantu pembelian tanah, bahkan menjadi amal jariah berpanjangan untuk akhirat.

IKLAN
Berminat memiliki tanah pertanian di Lubok China, Rembau? Klik di sini untuk maklumat lanjut!

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”
– Hadis Riwayat Muslim


Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Anda boleh menyumbang satu atau lebih lot (RM100 per lot). Semakin banyak anda sumbang, semakin besar saham akhirat anda, insyaAllah.

Untuk menyertai wakaf tanah ini, sila hubungi:


QR Masjid Al Wakil Lubok China

IKLAN
Perlukan hibah atau medical card Prudential di Lubok China?
Klik di sini untuk info lanjut & konsultasi percuma!

Atau jika nak buat pembayaran guna no akaun boleh klik di sini —> Kempen Wakaf

Status Terkini Sumbangan (Kempen Wakaf Tanah Kubur):

Setakat ini, alhamdulillah kita telah menerima sumbangan sebanyak:

Jumlah terkumpul: RM27, 650.00
Baki diperlukan: RM382,350.00

Sumbangan ini akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa. Jom sama-sama bantu capai sasaran ini — walau hanya 1 lot, ia sangat bermakna di sisi Allah!

Semoga Allah SWT memberkati setiap sumbangan dan niat murni tuan puan. Jom jadi sebahagian daripada legasi akhirat ini.

Masjid Al Wakil – Untuk Ummah, Dari Ummah.

Sharing is caring :
Scroll to Top